Aku nak cerita dan review sikit la pasal percutian dan resort ni.
Kami sampai di sana lebih kurang jam 2 petang. Husband terus ke reception harap boleh check in awal. Tapi hampa sebab dia kata bilik belum ready. So kami buat keputusan untuk ke pekan Bentong untuk beli stok2 makanan untuk 3 hari 2 malam. Sebab nya kawasan Resort ni adalah di tengah hutan, takde kedai-kedai yang berdekatan.
Perjalanan untuk ke pekan Bentong lebih kurang 30min-40min. Jalan nak menuju ke pekan banyak belok-belok dan jalanraya nya kecil, jadi yang tak biasa memang kena pandu dengan cermat tak boleh laju-laju. Kami berhenti dan membeli stok makanan di Pasaraya TF. Selesai membeli, kami semua ke Warung Lemang To'ki untuk makan. Masing2 dah kebulur. hahaha.
Warung ni terletak betul2 kat tepi jalan. Kalau nak pergi boleh google maps/waze Lemang To'ki. Di fahamkan Warung Lemang To'ki ni memang popular kat Bentong. Warung ni bukan jual lemang je ya, ada sekali nasi berlauk. Tapi malangnya lauk semua dah banyak habis, yang masih ada banyak cuma ayam panggang.
Gambar ni ihsan dari google. Aku tak sempat nak ambil gambar sebab Adam meragam dia tak berapa sihat. Adam baru je baik demam dan leher dia ada ruam.
Aku ambil nasi dan ayam panggang dan suami pula ambil set lemang rendang daging. Makanan dia semua sedap belaka. Aku dan suami makan kongsi dan bergilir-gilir makan sebab anak-anak meragam, kali ni adik dengan kakak sekali meragam. Cuaca pun sangat panas...Ya Ammmpun..Kalut nak makan jadinya. Gitu la gayanya orang ada anak kecil..hehe.
Lepas dah siap makan kami terus balik ke resort untuk check in. Benda pertama aku akan buat kalau pergi hotel/resort, aku akan tengok tandas. Aku nak pastikan tandas tu bersih, kalau tak bersih memang spoil mood la. Tandasnya OK bersih, tapi tuala pula tiada. Suami telefon reception untuk minta tuala, tapi orang kat reception kata pukul 7 baru dia boleh bagi tuala. Tunggu punya tunggu lepas anak-anak dah balik dari mandi kolam pukul 7 pun masih tak bagi tuala. Suami telefon lagi, dia kata nak bagi pukul 9, suami tanya kenapa sampai takde tuala, dia jawab sebab semalam full, jadi tuala belum siap basuh. Ok boleh sabar lagi, tapi sudah nya pukul 10 baru ada budak datang hantar tuala "TANPA UCAPAN MAAF" !!!. Tuala pun bagi yang tak bersih. Cadar dan Quilt pun kurang bersih boleh nampak warna tompok-tompok kuning. OK, itu cerita tak seronok di hari pertama.
Tuala baru bagi yang kotor.
Pada hari ke-2, waktu jam 2petang, ada budak datang ketuk2 pintu dan sebut "house keeping". Bila suami buka pintu, budak tu tanya, ada air mineral lagi tak? Suami jawab boleh la bagi. Dia pun bagi 3 air mineral dan pergi. Aku ni terpinga-pinga sebab budak tu takde offer pun nak kemas bilik. Penanda gantung pada pintu bertulis " Please make up room' dan " Do not disturb" tu pun takda. Sudahnya aku buka pintu panggil balik budak tadi dan minta pada dia " Dik akak nak tuala baru, alas kaki baru dan plastik sampah. Sampah yang ni (aku bagi 1 plastik penuh sampah) adik tolong buang ya". Sampai tahap nak kena minta..Fuhh
Penanda gantung ni yang aku maksudkan tak ada pada pintu.
Pintu yang kosong tak ada penanda gantung.
Kolam mandi kat sana OK la. Ada tempat untuk kanak-kanak, ada tempat untuk dewasa dan ada kolam air panas. Anak-anak seronok sangant mandi. Tapi...Haa..Ada tapi...kat sana tak disediakan Swimming Pool Towel yg biasa nya tuala belang biru putih tu. Serba-serbi tak ada kat sana.
Kolam kanak-kanak dan dewasa.
Kolam air panas.
Tiba masa untuk check out. Kami ke pekan Bentong untuk pergi makan di gerai Lemang To'ki tapi malangnyya gerai tutup. Kami agak hairan juga sebab ada tertera pada papan hadapan gerai tutup hanya pada hari Isnin , tp hari tu adalah hari Sabtu. Kemudian kami google dan waze jumpa lokasi Lemang To'ki 2. Kami pun ke sana ikut panduan waze. Di Lemang To'ki 2 Kedainya lebih besar dan lebih banyak makanan dan lauk-pauk. Kami makan dan beransur pulang.
Dekat sini sesuai untuk yang nak berehat dan nak cari suasana yang tenang. Aktiviti yang boleh dilakukan hanya bawa anak-anak mandi kolam, main taman dan duduk berehat. Keseluruhannya, bagi aku tempat ni management memang banyak perlu diperbaiki. Bagi aku dan family mungkin ini kali pertama dan terakhir bercuti di sini. Maaf kerana bagi review yang tak bagus tentang Resort ni tetapi itu la kebenarannya. Dan memang rasa tak berbaloi untuk harga RM230 1 malam.
Salam.
* Oh ya keesokkan harinya aku dan suami ternampak satu berita di facebook. Berita yang mengatakan Gerai Lemang To'ki diarahkan tutup serta merta sebab masalah kebersihan. Gluppp..Patut la haritu kami datang tutup. huhuhu








