Monday, February 3, 2025

Mesiodens Journey Adam (Part 1)

Dah lama tak update blog ni. Last update tahun 2018. Hari ini 3 Feb 2025.😄

Disebabkan Adam, anak ke-2 aku Doktor detect Mesiodens, aku tergerak hati nak menulis tentang Mesiodens Journey Adam dalam blog ni, untuk kenangan aku dan keluarga di masa akan datang, atau mungkin boleh jadi rujukan untuk orang lain. 

Pada 6 Jan 2025, Aku bawa Adam ke Klinik Kesihatan Kota Damansara, bahagian pergigian sebab nak cabut gigi Adam yang dah goyang. 


Masa Adam dah masuk bilik rawatan Doktor kata yang ini nampak macam "gigi terlebih bahagian depan" sambil Doktor tunjuk gigi yang size dia agak kecil sedikit di tengah2 hadapan gusi Adam. Doktor bagitahu kalau nk teruskan rawatan kena buat x-ray gigi Adam sebab nak tengok masih ada lagi ke "gigi terlebih" dekat dalam gusi. Harap tak ada gigi terlebih yang lain kat dalam. Kemudian kena buang gigi terlebih tu dan seterusnya akan kena pakai braces untuk cantikkan semula ruang gigi bahagian depan yang akan dicabut tu nanti. 

Doktor bagi surat refer ke Hospital untuk buat OPG X-ray. 


Ni gambar gigi Adam yang dikatakan Mesiodens.Gigi terlebih Mesiodens (Anak panah ungu). Gigi Kekal (Anak panah merah) . Disebabkan gigi terlebih dah tumbuh dulu dibahagian tengah, ianya mengganggu pertumbuhan gigi kekal dan menjadikan nya tumbuh senget. Kesian betul anak ibu. Perasaan aku ? Sedih memang la sedih, tertanya-tanya kenapa dalam banyak-banyak orang anak aku yang terkena Mesiodens yang boleh dikatakan agak rare juga ni. Tapi aku redha, mungkin Allah nak bagi sesuatu yang baik untuk Adam. Jadi sekarang tugas aku dan suami untuk uruskan journey rawatan gigi Adam ni. Semoga yang baik-baik aja untuk anak ibu Adam. Amin. Amin.





Aku dan Suami bawa Adam ke Hospital Shah Alam. Sampai di sana terus ke tingkat 3 bahagian Jabatan Radiologi. Ambil nombor dan tunggu sehingga dipanggil.


Adam dipanggil ke bilik x-ray tetapi ibu nya tak boleh ikut sekali. Aku dah risau sebab Adam ni manja sikit haha. Mujur la Adam OK je kena masuk seorang diri kat dalam bilik x-ray. Procedure dia sekejap je.




Selepas Adam selesai X-ray, kami tunggu pula untuk dapatkan X-ray yang telah dibuat tadi. dalam 20 minit menuggu nurse panggil untuk bagi result. Ianya dalam bentuk DVD.

Maka selesai lah urusan Adam di Hospital Shah Alam. Next, aku kena bawa Adam ke Klinik Pergigian Kota Damansara semula untuk bagi CD ni kepada Doktor gigi di sana.


Semoga dipermudahkan urusan Kami dan Adam. Amin

Part 2 to be continue.