Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, January 2, 2018

My breastfeeding journey : ADAM.

Genap umur ADAM 1 tahun pada 1 Dec 2017, officially bermulalah  persediaan memberhentikan susu badan dari Adam secara perlahan-lahan. Aku sudah mula campur penyusuan Adam dengan memberikannya susu formula. Bukan dah tak mampu bagi full susu ibu tapi ada sebabnya. Aku perlu berjauhan dengan anak-anak selama lebih kurang sebulan lebih akan datang. Aku memang tak mampu nak buat stok EBM sebulan bekalan untuk Adam. Jauh di sudut hati rasa berat hati, tapi ia adalah untuk kebaikan Adam dan orang-orang disekeliling yang akan menjaganya nanti. Arissa dulu masa umur 1tahun 8bulan baru aku mula selang seli bagi susu formula sebab masa tu susu badan dah kurang. Masa umur 2tahun 4bulan baru lah betul2 nekad untuk berhentikan susu badan sepenuhnya sebab Adam dah ada dalam perut masa tu.

Bila ada dirumah dan tidur malam Adam masih direct breastfeed dan kadang2 aku bagi susu formula, di rumah babysitter juga aku masih lagi bekalkan EBM, tapi aku bekalkan juga susu formula. Semuanya perlu secara perlahan untuk biasakan Adam dengan susu formula. Tak nak la secara drastik, kesian pula kat Adam. Balik petang dari rumah babysitter Adam masih mengendeng dekat ibu nak minta susu ibu, memang tak sampai hati la kalau tak nak bagi kan ??

Aku masih berfikir sama ada hendak memberhentikan terus Adam susu Ibu atau sementara sahaja nanti selama lebih kurang 1 bulan dan memberinya susu ibu semula setelah pulang nanti. Sekarang aku masih pum susu di tempat kerja. Semuanya masih menjadi tanda tanya, aku belum membuat keputusan lagi. Nampaknya aku perlu bertanyakan pendapat orang lain. hurmm..

Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan aku, suami dan anak-anak.. Amin

 ArissaAdam

Wednesday, October 25, 2017

Suria Hotspring Resort, Bentong

Minggu lepas aku ambil cuti khamis dan jumaat sebab dah rancang nak sertai family day kecil-kecilan sebelah suami untuk bercuti ke Suria Hotspring Resort, Bentong. Yang terlibat aku anak beranak, 2 family SIL, dan MIL aku. Lokasi kakak ipar aku yang pilih, aku tolong booking je thru website Expedia.com.

Aku nak cerita dan review sikit la pasal  percutian dan resort ni.

Kami sampai di sana lebih kurang jam 2 petang. Husband terus ke reception harap boleh check in awal. Tapi hampa sebab dia kata bilik belum ready. So kami buat keputusan untuk ke pekan Bentong untuk beli stok2 makanan untuk 3 hari 2 malam. Sebab nya kawasan Resort ni adalah di tengah hutan, takde kedai-kedai yang berdekatan.

Perjalanan untuk ke pekan Bentong lebih kurang 30min-40min. Jalan nak menuju ke pekan banyak belok-belok dan jalanraya nya kecil, jadi yang tak biasa memang kena pandu dengan cermat tak boleh laju-laju. Kami berhenti dan membeli stok makanan di Pasaraya TF. Selesai membeli, kami semua ke Warung Lemang To'ki untuk makan. Masing2 dah kebulur. hahaha.

Warung ni terletak betul2 kat tepi jalan. Kalau nak pergi boleh google maps/waze Lemang To'ki. Di fahamkan Warung Lemang To'ki ni memang popular kat Bentong. Warung ni bukan jual lemang je ya, ada sekali nasi berlauk. Tapi malangnya lauk semua dah banyak habis, yang masih ada banyak cuma ayam panggang.

Gambar ni ihsan dari google. Aku tak sempat nak ambil gambar sebab Adam meragam dia tak berapa sihat. Adam baru je baik demam dan leher dia ada ruam.

Aku ambil nasi dan ayam panggang dan suami pula ambil set lemang rendang daging. Makanan dia semua sedap belaka. Aku dan suami makan kongsi dan bergilir-gilir makan sebab anak-anak meragam, kali ni adik dengan kakak sekali meragam. Cuaca pun sangat panas...Ya Ammmpun..Kalut nak makan jadinya. Gitu la gayanya orang ada anak kecil..hehe.

Lepas dah siap makan kami terus balik ke resort untuk check in. Benda pertama aku akan buat kalau pergi hotel/resort, aku akan tengok tandas. Aku nak pastikan tandas tu bersih, kalau tak bersih memang spoil mood la. Tandasnya OK bersih, tapi tuala pula tiada. Suami telefon reception untuk minta tuala, tapi orang kat reception kata pukul 7 baru dia boleh bagi tuala. Tunggu punya tunggu lepas anak-anak dah balik dari mandi kolam pukul 7 pun masih tak bagi tuala. Suami telefon lagi, dia kata nak bagi pukul 9, suami tanya kenapa sampai takde tuala, dia jawab sebab semalam full, jadi tuala belum siap basuh. Ok boleh sabar lagi, tapi sudah nya pukul 10 baru ada budak datang hantar tuala "TANPA UCAPAN MAAF" !!!. Tuala pun bagi yang tak bersih. Cadar dan Quilt pun kurang bersih boleh nampak warna tompok-tompok kuning. OK, itu cerita tak seronok di hari pertama.

Tuala baru bagi yang kotor.

Pada hari ke-2, waktu jam 2petang, ada budak datang ketuk2 pintu dan sebut "house keeping". Bila suami buka pintu, budak tu tanya, ada air mineral lagi tak? Suami jawab boleh la bagi. Dia pun bagi 3 air mineral dan pergi. Aku ni terpinga-pinga sebab budak tu takde offer pun nak kemas bilik. Penanda gantung pada pintu bertulis " Please make up room' dan " Do not disturb" tu pun takda. Sudahnya aku buka pintu panggil balik budak tadi dan minta pada dia " Dik akak nak tuala baru, alas kaki baru dan plastik sampah. Sampah yang ni (aku bagi 1 plastik penuh sampah) adik tolong buang ya". Sampai tahap nak kena minta..Fuhh

Penanda gantung ni yang aku maksudkan tak ada pada pintu.

Pintu yang kosong tak ada penanda gantung.

Kolam mandi kat sana OK la. Ada tempat untuk kanak-kanak, ada tempat untuk dewasa dan ada kolam air panas. Anak-anak seronok sangant mandi. Tapi...Haa..Ada tapi...kat sana tak disediakan Swimming Pool Towel yg biasa nya tuala belang biru putih tu. Serba-serbi tak ada kat sana.

Kolam kanak-kanak dan dewasa.

Kolam air panas.

Tiba masa untuk check out. Kami ke pekan Bentong untuk pergi makan di gerai Lemang To'ki tapi malangnyya gerai tutup. Kami agak hairan juga sebab ada tertera pada papan hadapan gerai tutup hanya pada hari Isnin , tp hari tu adalah hari Sabtu. Kemudian kami google dan waze jumpa lokasi Lemang To'ki 2. Kami pun ke sana ikut panduan waze. Di Lemang To'ki 2 Kedainya lebih besar dan lebih banyak makanan dan lauk-pauk. Kami makan dan beransur pulang.

Dekat sini sesuai untuk yang nak berehat dan nak cari suasana yang tenang. Aktiviti yang boleh dilakukan hanya bawa anak-anak mandi kolam, main taman dan duduk berehat. Keseluruhannya, bagi aku tempat ni management memang banyak perlu diperbaiki. Bagi aku dan family mungkin ini kali pertama dan terakhir bercuti di sini. Maaf kerana bagi review yang tak bagus tentang Resort ni tetapi itu la kebenarannya. Dan memang rasa tak berbaloi untuk harga RM230 1 malam.

Salam.

* Oh ya keesokkan harinya aku dan suami ternampak satu berita di facebook. Berita yang mengatakan Gerai Lemang To'ki diarahkan tutup serta merta sebab masalah kebersihan. Gluppp..Patut la haritu kami datang tutup. huhuhu

Thursday, October 12, 2017

Dapat balik BLOG saya !

12 Oct 2017.
Setelah entah berapa banyak kali percubaan akhirnya aku dapat balik Blog aku. Sesungguhnya aku sudah banyak kali cuba nak menulis semula tapi di sebabkan lupa PASSWORD akhirnya aku give up.

Tak sangka percubaan kali ni berjaya. Yeahhh !!

Post akhir, aku ada kongsi mengenai baby inside kan. Anak aku Arissa dah 4 tahun pun...Dan aku dah ada anak lagi seorang. My little Hero Adam. Alhamdulillah aku dah ada sepasang anak sekarang.

My Nyawa Arissa & Adam 💕

Ok.. Aku cerita sikit perkembangan pasal kehidupan aku sekarang. Aku bekerja di Lembaga Getah Malaysia Sg.Buloh. Tinggal di kuartes kakitangan yang disediakan. Seperti yang dah diberitahu, anak dah 2 orang. My little honey (Nur Arissa Hani) dan My little Hero ( Adam At-Taariq).

Bila aku baca semula post lama-lama dalam blog aku ni, aku rasa nak ketawa pun ada. Maklum la mula2 start berblogging dulu masa tu masih muda mudi, masih belajar. Penulisan dan penceritaan pun agak keanak-anakan.haha.. Sekarang ni dah tua , dah jadi ibu pun . Fikiran dan gaya penulisan pun mungkin akan lebih matang. Lebih memikirkan tentang kehidupan hadapan bersama anak-anak dan suami yang disayangi.

Aku menulis kat sini pun saja suka-suka untuk dijadikan kenangan dan bahan bacaan diri sendiri pada masa akan datang. Kadang-kadang dengan menulis kita boleh meluahkan apa yang terpendam dalam hati dan jiwa sanubari kita. Menulis blog ni ibarat macam kita tengah bercerita dengan seseorang. Itu yang aku rasa la. Tak tahu la blogger lain rasa mcam mana.

Itu je lah aku nk cerita untuk post kali ni. Post terbaru selepas 4tahun tak menulis. Wow !

Di bawah ni gambar My nyawa. 💕
Ni gambar kat rumah mertua aku masa Hari Raya Haji.

Salam.