Thursday, October 12, 2017
Dapat balik BLOG saya !
Setelah entah berapa banyak kali percubaan akhirnya aku dapat balik Blog aku. Sesungguhnya aku sudah banyak kali cuba nak menulis semula tapi di sebabkan lupa PASSWORD akhirnya aku give up.
Tak sangka percubaan kali ni berjaya. Yeahhh !!
Post akhir, aku ada kongsi mengenai baby inside kan. Anak aku Arissa dah 4 tahun pun...Dan aku dah ada anak lagi seorang. My little Hero Adam. Alhamdulillah aku dah ada sepasang anak sekarang.
My Nyawa Arissa & Adam 💕
Ok.. Aku cerita sikit perkembangan pasal kehidupan aku sekarang. Aku bekerja di Lembaga Getah Malaysia Sg.Buloh. Tinggal di kuartes kakitangan yang disediakan. Seperti yang dah diberitahu, anak dah 2 orang. My little honey (Nur Arissa Hani) dan My little Hero ( Adam At-Taariq).
Bila aku baca semula post lama-lama dalam blog aku ni, aku rasa nak ketawa pun ada. Maklum la mula2 start berblogging dulu masa tu masih muda mudi, masih belajar. Penulisan dan penceritaan pun agak keanak-anakan.haha.. Sekarang ni dah tua , dah jadi ibu pun . Fikiran dan gaya penulisan pun mungkin akan lebih matang. Lebih memikirkan tentang kehidupan hadapan bersama anak-anak dan suami yang disayangi.
Aku menulis kat sini pun saja suka-suka untuk dijadikan kenangan dan bahan bacaan diri sendiri pada masa akan datang. Kadang-kadang dengan menulis kita boleh meluahkan apa yang terpendam dalam hati dan jiwa sanubari kita. Menulis blog ni ibarat macam kita tengah bercerita dengan seseorang. Itu yang aku rasa la. Tak tahu la blogger lain rasa mcam mana.
Itu je lah aku nk cerita untuk post kali ni. Post terbaru selepas 4tahun tak menulis. Wow !
Di bawah ni gambar My nyawa. 💕
Ni gambar kat rumah mertua aku masa Hari Raya Haji.
Salam.
Thursday, June 13, 2013
Inside my tummy ~
Alhamdulillah....
Syukur di atas kurniaanNYA..
Aku di sah kan pregnant!
Skarang usia kandunganku sudah 16 weeks (4months)...
Semoga kamu membesar dengan sihat dan sempurna selama 9bulan ibu mengandungkan kamu ye.. =)
Gambar scan ni di buat ketika usia kandungan 15weeks 4days..
Belum nampak lg jantina nya..
Baby nk bg surprise kot...
Menurut kata doktor, baby berada dlm keadaan sujud mase tgh scan tu..hehe..
Semoga kamu menjadi anak yg Soleh @ Solehah..
Tak kira lelaki @ perempuan kami tetap sayang kamu...♡
Masa scan ni aku pegi ngn mama sbb en.army takde kat jb.
1st time dgr degupan jantung baby, mengalir air mata, mcm tak percaya...
masih terngiang2 lagi degupan jantung tu...
Oleh kerana en.army tinggal jauh nun kt KL tu, now hari2 aku tido bertemankan gambar zuriat kami ni buat pengubat rindu... =)
Wednesday, February 29, 2012
inai oh inai
haritu kt radio, diorg ade bincang satu topik yg agak menarik...
diorg bincang pasal kelakuan pelik kite masa zaman kanak2 dulu...
ramai jugak la yg call radio mase tu...
kebanyakan cerite diorg mmg kelakar...
aku da mcm org giler ketawe sorang2 dlm krete..haha
aku pun ade kelakuan pelik mase zaman kanak2 dulu...
cerite ni, aku mmg tak igt la...tp mama aku yg cerite kt aku..
so, aku kongsikan cerite nye kt sini ok... =)
nk dijadikan cerita, satu hari tu aku balik kampung..
ramai jugak la sepupu sepapat lain yg balik kampung jgk..
bile da jumpe ramai2, ade la kn yg nk dikerjekan..
so, satu hari tu sepupu2 yg perempuan pakat2 amik daun inai kt bawah umah, tumbuk2 pastu pakai kt jari masing2...
aku pun ikut la skali, da semua pun sibuk pakai inai, aku pun ngade2 nk follow jugak pakai inai...
dan itu adalah kali pertama aku nk cuba pakai apa yg di namakan "inai"..
lepas beberape jam...
jeng..jeng...jeng....
jari masing2 da bertukar warna oren, termasuklah aku...
sume tersenyum riang...
tp aku???????
hurm...mama kate aku menangis sepanjang malam tak tido...sbb aku kate, nk buang warna oren tu dari jari aku....
dah macam budak kene sawan inai...hahahaha
aku pun xtau knp aku nangis....sbb mase tu aku kecik lg kan, mmg da tak igt da... =p
oleh kerana aku nangis tak berlagu sepanjang malam sampai tak tido, akhirnya mama kate, mama amik pisau, pastu mama kikis sedikit demi sedikit kuku aku yang berwarna oren tu...
bile warna oren tu dah tak brape terang, baru la aku berhenti nangis dan terus tido....
sejak dari hari tu aku mmg dah tak pernah pakai inai sehingga lah sekarang ni, tahun 2012...
percaya tak??
tolong la percaya...ini mmg kisah benar.... =)
mesti ade yg tertanya2 kenapa la minah sorang ni tak suke pakai inai kn...kn..
jawapannya : entah....aku pun tak tahu..hahaha...aku suka tengok orang pakai inai, tapi aku tak pernah teringin nk pakai inai...
ermmm....perkara yang bermain difikiran sekarang adalah......
kalau aku kawen satu hari nnti, adakah aku akan memakai inai atau tak?????
kite tunggu dan lihat....
hahahaha.....
ok bye ~
p/s : oh ye, hari ni 29 feb dan skarang jam menunjukkan pukul 11.30p.m, lagi 30 minit dah masuk bulan march.!!!Happy Birthday to me.....hee =)
Saturday, January 14, 2012
Nota dari Wardina Saffiyah
Kali ni aku nk share satu "note" yang telah di tulis oleh Wardina Saffiyah...
Nota yang bertajuk "Trauma"..
Trauma yang di alami oleh dirinya dan seluruh keluarganya..
Semoga mereka Tabah menghadapi dugaan...dan perasaan "Trauma" itu hilang sedikit demi sedikit....InsyaAllah..
*banyak pengajaran dan ikhtibar yang kita boleh kongsi dari nota ni...
Ini di antara ayat yang membuatkan aku speechless bila membacanya...:
"Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin!"
"Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu."
Cerita penuh, jom kita sama2 baca kat bawah ni :
Mereka merompak "perasaan selamat" saya
Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?
Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.
Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.
Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.
Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.
Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.
“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.
Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.
Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.
Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.
Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.
"Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”
(Quran, Al-Falaq:1-5)
Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.
Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.
Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”
Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.
Yang masih trauma,
Wardina
Copy from Wardina Safiyyah's note : click here (Wardina Safiyyah OfficialPage)
Sharing is caring...
Ok bye...
As salam..
p/s : kejadian ini berlaku pada hari khamis lepas 12 Jan 2012
Saturday, August 13, 2011
seseorang
seseorang itu telah "mengutuk2" dan juga "menfitnah"
aku kt blog die...
='(
sebelum ni, aku tak pernah pun kenal die..
she know me, sbb aku kenal dgn seseorang yg die penah rapat dulu...
aku mmg tak pernah sekali pun jumpe die..
but, ape yg die tulis tu totally liar...!!!
"i dont want to be like one girl yg giler2 Act dengan h****,,,kerja die bagus la,,,gaji best la...padahal kerja kilang je(bukan nk hina tp LAGAKnye melampau eksekutif),,hate this person..n FYI...this girl lulusan uitm dlm bidang KIMIA2 kot.. x sure... tp mmg uitm..degree girl.."
Ya Allah...
Aku tak pernah langsung ckp dgn die "kerja aku bagus"..."gaji best"...aku mmg tak pernah langsung sebut ape2 pasal kerje aku pada die....aku tak pernah "berlagak" dgn die...
aku mmg tak pernah jumpe die langsung...
tp,kenapa la die boleh tulis yg aku ade ckp mcm tu pada die??
Seriously, berair mata aku bile aku bace ape yg die tulis tu...
sbb ape yg die tulis tu semuanye tak betul...!!!!
actually,ade bende lain lg yg die kutuk2 pasal aku..
tp, aku xnk la post kt sini...
tak sanggup nk bace...
hurm...ape yg aku boleh buat ialah bersabar...
Semoga orang yg mengutuk n menfitnah aku tu sedar dgn ape yg die dah lakukan...
Semoga die diberi petunjuk dan hatinya pulih menjadi bersih...
Amin...
Tuesday, April 12, 2011
Thursday, April 7, 2011
KALAU.....
kawan2 aku yg sgt BEST!!
kawan2 aku yg buat aku tersenyum kt shah alam, setelah berhari2 aku sedih sbelum nie...huhu
kawan2 aku yg sporting..
kawan2 aku yg aku SAYANG...(",)
* entry nie gurau2 je ok..just for fun...korang jgn amek hati tau..ngee
ermm...
KALAU satu hari nnti Cheno ckp kt aku yg die adalah seorang CIKGU TADIKA.....
erm...rasenye aku boleh PITAM kot, sbb tak pecaye...hahaha =p
KALAU Along di offer untuk bekerja sebagai WARTAWAN BERITA HARIAN.....
ermm...aku rase baru keje SEHARI dah kene buang keje kot...sebab byk sgt TYPO..ngeh3 =p
KALAU Moya di hadiah kan oleh ayah nye sebuah KERETA HONDA MPV yg besar tu.....
hurm....rasenye aku kene jd driver moya kot...sbb nnti kaki die MENGGIGIL klu bwk MPV tu...hahaha
KALAU Miera tengah lepak2 dgn ktorg, tetibe die KELAM KABUT semacam je......
huhu...ktorg da tau da ape sbb nye.....sbb die telah mendapat MESSAGE yg menyuruh die BALIK UMAH cepat sikit....hahahaha * jangan marah eaa Miera.. =p
KALAU Peah seorang yang GARANG.....
ermm....ktorg ahli JJJ, nk lantik die sebagai PENGERUSI club underground JJJ... =p
KALAU Hery jadi seorang pencermah, then die offer nk bagi ceramah free....
sudah tentu ktorg TAK NAK PEGI...sbb ktorg tau ceramah tu 5jam pun belum tentu habis lg...ngeh3
Wednesday, March 30, 2011
aku SAYANG korang semua
along...
moya...
miera...
hery...
peah...
kak na...
tu sume kawan2 yg berada disamping aku mase aku tgh LOST!!
disebabkan diorg sume, aku boleh senyum n ketawa semula...
hurm...
kalau la dalam mase terdekat ni aku terpakse berjauhan dr diorg...
mcm mane la kan...??
='(
haishhh.....
AKU TAK NAK BERPISAH DGN KORANG!!!!
takdir hidup n rezeki aku mase akan dtg xde sape yg tau kan...
Allah je yg tau ape yg terbaik utk setiap umatnye...
redha..
Friday, March 11, 2011
working hour = 15 hours
dan sedang mengantuk...
knp??
sbb aku sgt penat smalam..huh ~~"
hurm..
smalam pas balik keje, punch card kul 5.05p.m, aku terus je rushing balik umah..
knp??
sbb aku amek job kt bluewave, masuk kul 6.30 p.m,
diorg panggil bdk2 "partime banquet" keje, sbb ade event besar..
so sape2 "partime banquet" yg berminat sgt dialu2kan utk dtg bekerja..
sebenarnye aku wat partime kt bluewave hanya untuk weekend je...
tp,knp aku amek job tu , wlaupun bukan weekend??
ermm...I need to be busy..
"Majlis penyampaian
MALAYSIA GOOD DESIGN MARK.."
mmg besar la event ni...
press pun ramai,
MC pun si pembaca berita TV3 tu..tp aku xigt loe name die..ngee~
kacaknye die bile tgk live...hahaha =p
Dinner diorg mlm tu adalah "Chinese set "..
tau ke mcm mane tu "Chinese set "??
haa...."Chinese set " tu adalah makanan yg diberi pd guest secara hidangan..
set by set...
makanan kene hidangkan,
air kene tuangkan,
napkin kene tolong letakkan..
seba serbi semua banquet crew la yg kene buat kan..
mmg MANJE la mereka2 itu!!huhu
total hidangan adalah 7set..
mcm mane tu klu ade 7set???
memule, banquet crew akan bawa keluar menu set pertama dari dapur ke meja guest..
then tunggu diorg habis mkn..
bile dah habis mkn..ktorg kene angkat pinggan makanan tu dan jgk 'baby plate' yg diorg gune utk makan ke dapur bhgn washing..
kemudian, ktorg kene bawa keluar menu set kedua dan letakkan 'baby plate' yg baru atas meja setiap guest..
seterusnya...hingga la set yg ke 7..
dewan tu dah la besar...
aku plak ditugaskn utk cover meja2 yg sbelah blakang..
bayangkan la, kepenatan aku yg kene bejalan jauh utk ke dapur..hoh0..
Haaaa.......
Part yg best..
sambil2 serve guest, aku usha2 guest punye DSLR yg diorg bwk..
Nikon D5000 yg aku idam2kan tu pun ade..Woww!!
DSLR yg press punye xusah ckp la...sumenye canggih2 belake..
terpegun tgk gadget2 diorg tu!!huhu
bile la aku nk dpt Nikon D5000 nie??
(sedang dlm proses mengumpul duet..hee)
pas dah habis majlis, ktorg kene clearkan dewan...
then setting meja n kerusi utk seminar keesokkan harinye..
siap2 sume dlm kul 1 a.m,
sampai umah dlm kul 1.30 a.m,
mandi..solat...tido...
dan pagi ni aku g keje punch card kul 8a.m,
sbb tu la aku letih cikit & mengantuk arini..hoho
ok2..
stop here..
aku ade keje sbenarnye ni..
tp, masih berpoya2 kt blog sendiri..
hahaha.. =p
Wednesday, December 15, 2010
"buat sesuatu yang aku belum pernah buat"
mungkin jgk sesuatu yang seorang "girl" belum pernah buat...ermm..maybe
ape die??
******************************************
aku mmg berhajat sgt nk tgk "Harry Potter and The Deathly Hallows"..
aku kn mmg "fan" Harry Potter...so, tak mungkin la aku nk biar kn cite Harry Potter tu berlalu cam tu jep kat panggung wayang...mesti la aku kene g tgk kn...
hurm...org yg aku harap2 kn dpt teman aku tgk movie kegemaran aku ni mustahil utk aku harapkan lg...tp, aku ni tetap gak degil...masih gak nk berharap...dlm kepala aku ni slalu fikir "hurm....xpe2 aku nk tunggu jgk till the last showing date"...
tup...tup...mlm smalam aku tgk kt tgv punye website cume ade tarikh 15Dec utk showing date Harry Potter ...so, mungkin 15Dec aka hari ni, hari terakhir kot...mmg aku betul2 kene berhenti berharap la nmpknye kn...!!aku kene g tgk jgk....aku nk ajak kwn2 lain..diorg sume bz...huh~
aku try booking tiket, tp still tak boleh nk booking...sejak hari ahad, mmg ade prob dgn TGV e-tiketing...give up dah refresh, tp keadaan masih cam tu, masih xbleh dibetulkn...Then, pagi ni aku pun nekad, g je JUSCO utk tgk Harry Potter....ALONE..!!
seriously, dlm hidup aku tak pernah g tgk wayang sorang2...dan aku rase mmg xde "girl" pun g tgk wayang sorang2...klu ade pun mungkin 1 dlm 10....aku la tu..haha...mmg gler berani la aku ni kn...xpe2...DEMI HARRY POTTER!!!ngee ~
so ape yang aku buat??
disebabkn hari ni hari rabu, xramai la yang beratur utk beli tiket. lagi pun waktu siang kan.
1.aku g beratur beli tiket "selambat " yang boleh..showing time kul 11.20 a.m, so aku beratur kul 11.10 a.m. knp??supaya aku boleh pilih seat yang xde orang kat sebelah menyebelah aku...yeah...aku mmg berjaya..!!
2. aku masuk dalam pangung wayang tu jgk "selambat" yang boleh...showing time kul 11.20 a.m, so aku masuk kul 11.30 a.m..xkesah la kan..sbb slalunye klu masuk bukan terus start pun..mesti la ade iklan2 dulu..knp?? klu masuk lambat, dlm tu dah gelap...so xde sape nmpak aku seorang "girl" dtg tgk wayang sorang2...hahahaha..yeah..yang ni pun aku berjaya buat jgk..!!
* Jd kepada sesiapa "girl" yang terpakse g tgk wayang sorang2 boleh la ikot tips aku kt atas ni...hee =p
gler berani la kau Noraziahwati Ibrahim....hahahahaha
p/s : AAK?? = Ada Aku Kesah??
Sunday, November 21, 2010
Beautiful moment
tarikh yg pasti akan tersemat dlm hati sampai bile2...
BBQ bersama bdk2 Bsac...
last event yg aku join bersama2 bdk2 Bsac sbelum aku melangkah pulang ke Jb...
walaupun perkenalan yg sgt singkat..ktorg mmg dah sgt close each other!!
diorg semua sgt sporting...sgt best...sgt...sgt...sgt...(sampai xterkata)
sungguh indah peraturan takdir Allah yg mempertemukan aku dgn teman2 ini...
aku sgt2 bersyukur....sbb teman2 ini menjadi salah satu babak dlm hidup aku...
semuanye bermula dgn perkenalan yg tak disengajakn kat rumah zira antara aku dan iqa...(bdk yg sgt manje & tak bleh brenti berckp) hee =p
aku akan sgt merindui mereka semua....
thanks a lot for a such beautiful moment utk semua bdk2 Bsac!!!!
p/s : muaaahhhhhh love U all...always (",)
Friday, November 12, 2010
Harry Potter and The Deathly Hallows
Harry Potter and the Deathly Hallows
Harry has finally come of age, and finally started on his final journey to defeat Voldemort for good. The Durselys are forced to go into hiding so that Voldemort’s Death Eaters will not torture them for information, and Harry sets off with Ron and Hermione on a difficult quest to find and destroy the last of Voldemort’s Horcruxes. Only once those have been destroyed, Harry knows, can Voldemort truly be killed.
It’s not easy. Harry is plagued with rumors of Dumbledore’s past, and begins to wonder if the Headmaster he so long revered might have had a much darker past than he ever let on. The three are frequently without food, and with winter coming their journey is no day at the beach. Because of their lack of plan, lack of food, and lack of progress, their spirits are often low, and Ron especially becomes argumentative. One night he and Harry get into an epic fight and Ron leaves to go back home.
Harry and Hermione are devastated that he’d abandoned them. They finally decide to revisit Godric’s Hollow in search of clues, and once again they’re almost caught by Voldemort. Every step they make, it seems, he is there anticipating them. They’ve almost died too many times to count, and their spirits sink even lower when Harry discovers his wand was broken in the battle.
Ron redeems himself a few weeks later by coming back and saving Harry’s life in the nick of time. They manage to destroy another Horcrux with Gryffindor’s sword, and they become excited again as they begin to learn about a mysterious trio of magical objects called the Deathly Hallows. Whomever possesses the three objects will be a master of death, and to Harry, it’s his one chance to beat Voldemort and live to tell the tale.
As his adventures and the danger he’s in increases, Harry begins to truly understand what Dumbledore intended him to do. He realizes, almost at the last minute, that his own life will have to be sacrificed in order for Voldemort to truly be vanquished. Filled with love for his friends, he willingly gives his life so that they may live.
His last act of heroism, however, saves his life. He meets Dumbledore again in death, and Dumbledore answers many of his questions. He is given a choice to stay or to go back, and he chooses to go back and fight.
It’s all over between Harry and Voldemort with just one spell. Harry is left alive, the true master of the Hallows, and Voldemort is killed for good. He now understands more than he ever has about love, and life, and sacrifice, and in spite of the loss of many of his friends during the last battle, is grateful for the second chance he’s been given at life, and love.
Saturday, August 14, 2010
~jangan baca entry ini~
"jangan baca entry ini"
tajuk ni hanya ditujukan kepada penggemar2 chocolate cadbury....
baik berhenti sekarang untuk membaca entry ini...
kerana anda akan menyesal seumur hidup klu baca entry ini...hahaha
************
dah nk dekat setahun lebih kot aku tak mkn ape2 jenis chocolate yg berjenama 'cadbury'..
ha...mesti pelikkan kenapa aku mcm tu....
biasanye bdk2 perempuan akan touching giler klu dpt hadiah chocolate cadbury dari lelaki...
lagi2 kalau dapat chocolate bar yg besar tu...!!
tp, klu aku.....sory la....aku bg kt org lain kot...tak pun kalau xde org nk, aku campak je dlm tong sampah...!!
jd kepada sesiape yg nk ngorat ke jgn la bg aku chocolate cadbury....(ade ke org nk ngorat aku??)hahahaha
sory juga kepada sesiapa yg nk bg aku makan chocolate cadbury...
sbb aku akan tolak pelawaan tu..
bukan kerana aku ni sombong....
tp...tp...tp....
sbenarnya aku ada tragedi hitam bersama cadbury...
ceh...bunyi cam seram je kan....!!hahaha
macam ni ceritanya...
ni kisah setahun yang lepas...
mase tu aku tengah study untuk test,
pastu, cam biase la kan...aku ni baru bace sikit je dah ngntuk...
pastu aku pun buka la peti ice amik chocolate bar cadbury yg dah tinggal separuh...sbb aku dah mkn yg lg separuh sebelum tu, then aku simpan dlm peti ice..
aku patahkn sikit chocolate tu..
pastu aku g la balik kat meja study...
setibanye aku kt meja study, aku pun membuka mulut utk ngap chocolate tu...
tibe2, aku nampak ade sesuatu yg bergerak2 kat atas chocolate yg aku tengah pegang tu..
telek punye telek, ya Ampunnnn....
ulat sedang menari2 kat chocolate tu...
aku terus je g toilet, nk termuntah, cam org fenink2 sbb pregnant tu...(tp aku bukan pregnant okey!!)
nasib baik la aku belum ngap chocolate bersama2 ulat tu..
huh!!~
macam mane la boleh ade ulat dalam chocolate tu...
lu pk la sendiri...!!!
dimanakah quality chocolate cadbury???
ulat tu hidup sihat dan gemuk di dalam chocolate..
kerana dia dilimpahi kalsium yang begitu byk!!!
sejak hari tu..aku mmg tak pernah teringin nk makan chocolate berjenama cadbury...
syarikat cadbury telah kehilangan pelanggan chocolate yang setia seperti aku..padan muka..hahaha
so, skarang ni kalau aku nk makan chocolate, aku akan beli jenama yang selain cadbury!!
jadi kepada penggemar2 chocolate cadbury....
sory la kalau dah terbaca entry ni..
awal2 lagi dah pesan jangan bace entry ni kan...!!hahaha~
Tuesday, August 10, 2010
~kawan-kawan baru...FRIENDS FOREVER~
decision utk join trip kwn2 class Bsac, adalah desicision yg terbaek....!!
*Biar pun isnin tu aku ade test....aku g jgk trip tu...pas balik trip mule ar menggelabah nk study...hahaha....isnin petang tu aku jawab je la ape yang termampu*
mmg sgt2 enjoy dan happy...
kwn2 baru kwn2 lama, semuanya sporting dan happening...!!
sampai pening kepala otak aku layan telatah slumber diorg...wakakaka
yg tak kenal dah menjadi kwn, yg kenal dah menjadi semakin rapat...
~hopefully our friendship will be forever~
love u guys...!!
memory yg satu ni aku tak akan lupe sampai bila2...(-_-)d
antara gambar2 yg best:

(aksi terbang, aksi azan maghrib, aksi cucuk mata kasim xselamat)
suke ar gambo sengal ni...tebaeekkk la korang...hahaha =p
3hari 2 malam
6-8 August 2010
p/s: thanks pada bdk2 class Bsac yg sudi invite aku dan zira...REALLY APPRECIATE IT...love u guys....friend forever....!! (",)
Friday, August 6, 2010
aku yang menyusahkan
hurm...tiba2 di pagi2 buta yg hening ni, aku ada "rasa" nk update blog...
dan aku nk tulis pasal aku yg telah menyusahkan mama & papa aku...
kenapa pasal mama & papa ye??ermm....entah la, mungkin sbb aku dah rindu kat mereka kot..!!
sambung,
dari kecik sampai besar, mesti dah byk perkara2 menyusahkan yang aku dah buat...secara sedar atau xsedar...huh..tp, diorg tetap berikan senyuman, berikan sokongan kat anak bongsu yang sorang ni!...
anak bongsu??mesti la nk kata aku ni anak manja kan!!hahaha....mane ade la...eh...sikit tu ade kot...=p
~ok la...aku cerita beberapa kisah yang aku masih ingat~
dulu masa aku baru masuk darjah satu, aku yang degil ni tak nak pergi sekolah...
kalau pergi sekolah tu kena ade mama @ papa yang ikut skali masuk dlm class belajar sama2 jd budak skolah jugak...hahaha...degilnye aku kan!!
setiap hari kalau mama hantar pergi sekolah, baru sampai pintu pagar sekolah je aku dah pimpin tangan mama aku kuat2...sbb nye, aku tak bagi mama aku balik umah...hahaha..gilosss..!!
hurm...tak tau la brape lama aku berperangai mcm tu...tak ingat la...dah lame sangat kan..tp, at last aku pergi juga sekolah macam biasa..macam kanak2 lain yg normal tu....sebelum tu aku mmg tak normal..hahaha
bila dah besar ni, jenuh aku fikir kenapa dulu aku tak nk pergi sekolah....bila difikir2 mungkin sbb masa aku nak masuk darjah satu tu, sbenarnye aku satu family baru je pindah rumah...jd, suasana dah lain la kan...aku dah xde kawan yang aku dah kenal rapat macam kat rumah lame dulu...omputih kate "new environment"...haha
next,
ni pun kisah pasal sekolah jugak...!!
ermm...lepas dapat result UPSR, aku yang dpt keputusan yg xkurang hebatnya ni (belagak la plak...haha), dapat tawaran masuk sekolah berasrama, SIGS (Sultan Ibrahim Girl School)..skolah tu mmg antara skolah yg famous la kt jb....famous dgn student nye yg pandai2...
masa dpt tawaran tu, mmg sgt excited la aku ni...asyik je baca surat tawaran tu, sampai aku dah hafal dah isi surat tu...hahaha
masa hari 1st daftar skolah dan masuk asrama aku mmg suke sgt2....lebih kurang mcm ni la.."aku dpt masuk SIGS, kau ade??..hahaha" mmg gler belagak kn aku ni!!!
hari 1st skolah,ok...hari 2nd skolah, masih ok....hari 3rd skolah...ok lg...hari seterusnya.........huh...aku dah mula tak tentu arah....aku rase nk balik rumah je...hari2 aku tepon mama & papa aku, nangis2 cakap nk balik rumah....nk pindah skolah yg dekat dgn rumah...hahaha....hari2 mmg nangis je la keje aku ni.....!!
nak dekat sebulan jgk kot aku berperangai mcm tu...
at last, mama n papa aku dtg asrama, amik aku bwk balik rumah...pastu, tukarkn aku skolah yg dekat dgn rumah...huh....menyusahkn betul aku ni kn!!
knp la aku mcm tu dulu ye....huh!!
bila aku dah tukar sekolah, aku mmg rasa sgt2 bersalah la mase tu....tipu la kn klu kate aku takde rase ape2....kesian kat mama & papa aku yang dah kuar byk duit uruskan aku nk masuk sekolah asrama....
jd, bila aku dah pindah skolah yg dekat dgn rumah tu, aku bertekad nk dptkn result yg bagus utk PMR..dan result PMR aku ok la...not bad...aku berpuas hati...mungkin dgn result tu, aku dpt ubat balik hati mama & papa aku yg aku dah guris masa nk masuk tingkatan 1 dulu...
next,
ok, lepas aku dah dpt result PMR, aku dpt tawaran ke sekolah teknik...
ape???masuk asrama lagi??hoh0.....apekah yang berlaku seterusnya??
meyh aku cerita...!!
aku dpt tawaran ke sekolah teknik TCSJB (Technicque Commerce School JB).
Masa aku dpt tawaran tu, lame jugak aku fikir...aku nk pergi ke tak??atau pun aku teruskan je sekolah kat sekolah lame aku tu....kalau aku terima tawaran tu, adekah aku akan berperangai mcm tingakatan 1 dulu??hurm....
berhari2 aku fikir...
tiba2, satu hari...mama & papa aku kata yg ktorg satu family akan pindah rumah..
ape??pindah rumah??adooiiii...kalau pindah rumah, maknenye aku kene pindah sekolah!!!
kalau aku pindah sekolah harian biasa tu, aku akan susah nk dpt kwn dan mungkin susah nak adapt...sbb diorg yg dah lame sekolah kat situ mesti la dah ade geng2 sendiri kan...
kalau aku pergi sekolah teknik tu, mungkin lebih mudah aku nk dpt kawan, sbb semestinye yang mendaftar ke sekolah tu semuanya bdk2 baru...mereka xde geng2 tersendiri...
jd, aku pun buat keputusan terima tawaran skolah teknik tu dan masuk asrama....
mase tu, aku bertekad tak akan berlaku lagi perkara2 yg bodah seperti dulu tu...
kehidupan harian aku kt sekolah tu seperti biasa, xde lg tangisan dari aku yg mintak nk balik rumah...malu la kan, dah besar mase tu....dah tingkatan 4 kot...hahahaha
tp...tp...masa awal2 skolah tu, tiap2 hari lbh kurang pukul 6 pagi lepas g solat subuh kt surau, aku akan tepon mama aku...hahahaha
hari demi hari...aku semakin selesa kat sekolah tu...aku pun dah mula ade geng sendiri...
dan aku kembali normal...maknenye, xde la aku nk tepon mama aku tiap2 hari kan..!!hahaha
sejak dari tu, aku dah mula berkehidupan jauh dari mama & papa aku..
mane tak nye...
masa tingkatan 4-5 aku duk asrama,
next, lepas SPM, aku pergi intensive english kat melaka(adelah dalam 5bulan).
next, dpt tawaran pre-science kat kuala pilah(satu sem),
next, dpt tawaran diploma science kat jengka, pahang(3tahun),
dan sekarang ni aku kt shah alam nk habis kn degree aku yg tinggal satu sem je lagi...insyaAllah~
senang cerita, mmg aku tak lekat kt rumah la sejak aku dah masuk asrama ...
lepas aku habiskn degree ni, aku akan menyenangkan mama & papa aku...
tidak ada lagi perkara yg menyusahkan kamu berdua...insyaAllah...
Ya Allah, makbulkan la hasratku ini..Amin..
*siapa sangke kn, aku yang dulunya tak nak pergi sekolah, akhirnya dapat jugak masuk U* (-_-)v
untuk mama & papa,
maaf kn anak mu yg telah byk menyusahkn ini....
sesungguhnya aku sgt SAYANG kamu berdua...
pengorbanan kamu berdua tak akan aku lupakan walaupun sedetik...!!
gambar yang aku letak dalam purse aku..!!
~Surah Luqman, ayat 14~
entry yang panjang!!
4.00 a.m
6 August 2010
Shah Alam
Sunday, April 25, 2010
.::Aku yg membaca BLOG dikala sudah penat 'study'::.
hurm...tetibe je ayat aku cam bunyi pelik je kn..especially, tajuk kt atas ni...bagi aku la pelik...xtau la bg org lain...mungkin biasa2 saja...hahaha
ni sume influence lepas bace BLOG Zahiril Adzim..wuuwuu
hurm..aku kn mmg gemar mmbaca blog org lain..so arini aku nk bg tau yg aku ade jumpe satu blog yg menarik..die ni seorg pelakon 'Zahiril Adzim'...
mesti pelik kan knp tetibe aku bleh bukak blog die ni...
ok...arini aku dah abiskan tgk cerita MERAHPUTEH yg aku copy dr external kwn..jd aku teruja la nk cari info ttg pelakon yg bernama MERAH...
cari punya cari...terjumpa la blog die...then aku bace la isi di dalam nyer..huhu..
mmg best la bace blog die ni..sbb bg aku 'ada kejujuran' di setiap ayat yg die tulis tu...walaupun aku byk xpaham ape yg die tulis..tp aku tau,itu lah die seorg Zahiril Adzim...
rasenyer die ni student ASWARA...ala, tmpt org belajar utk jd pelakon tu..xkire la pelakon tv, pelakon filem, pelakon teater..huhu..actually aku ade sorang adik sepupu yg study kt sane..semoga die berjaya capai ape yg dicita-cita kan..Amin...
ok sambung lg...
ayat2 yg die tulis tu mmg ayat2 'bahasa tinggi'..lebih kurang cam ayat2 novel la(walaupun aku jarang sekali bace novel..hehe)..hurm..aku pon tak tau nk describe cam mane lg ni...klu nk tau, try la bace sendiri yer kwn2!!
aku ingin jd sepertinya yg jujur dlm setiap kata2..insyaAllah...mmg Allah tidak suka pada org yg suka berdusta..!!
Blog Zahiril Adzim dah jd salah satu fav.blog aku...aku dah bookmark blog die ni..bertambahla koleksi blog yg boleh dibaca dikala sunyi..dikala bosan..dikala tension...!!ngeee
ooppsss..sebelum tu aku nk cerita ckit ttg drama MERAHPUTEH ni...cerita ni best..byk pengajaran...lebih kepada ikatan kekeluargaan...lebih kurang mcm 'bawang merah bawang putih' versi modern...hehe..kpd yg belum tgk, tgk la yer...layannnnnn!!

poster drama MERAHPUTEH
caucincau..~(",)~
Friday, April 23, 2010
.::saturated head 'no double bond' ::.
kalau kita tanya budak2 KIMIA macam AKU..'Apa tu saturated???'..mereka dan AKU akan jawab saturated tu adalah 'a compound whose molecules have only single bonds..no double bonds'..
lebih kurang mcm ni la ----> c-c
(ok itu sahaja pelajaran KIMIA kita pada hari ni ye!!)
tepu sbb penat dah duk study dr pg td sampai la skarang...argghh...
nk wat cam mane kn..org tak brape teror, kene la study lebih skit dr org lain...!!
hurm..byk gak cite2 best yg ter'missed' utk diceritakan..coz lately really Bz...nk cerita skarang pon, dah xbrape nk igt da..huhu
so skarg ni nk cite 'the latest story'...
skarang ni tgh final exam...aku ade 5 paper utk diharungi utk sem ni..1 dah lepas..tinggal lg 4 paper...yg dah lepas tu ok la..boleh la buat..but nk dpt A tu..ntah ler..
aku ni mmg xreti nk target2 ni..sbb takot kecewa dikemudian hari..redha je result yg bakal aku terima nnti...aku dah buat yg termampu...
sblum2 ni xpenah target pon, byk jer subject yg bleh dpt A..ngeee..syabas utk diri sendiri!!walaupun xsehebat org lain yg slalu dpt dekan tu...at least aku still bleh maintain 3pointer above setiap sem..huhu...InsyaAllah, aku akan kekal kn itu..tu je la yg aku mmpu, nk maintain 3.5 above tak layak la plak sbb degree ni sekali pon xpenah dapat dekan mase diploma dulu penah la jgk..hoh0..~~"
For me chemistry is difficult but its interesting...!!!tak rugi blaja kimia ni...aku ditakdirkan utk sambung blajar dlm bidang kimia, dan insyaAllah bidang kimia ni jgk yg akan bg rezeki yg HALAL utk aku nnti..Amin..(",)..(Tapi, kalau dalam bidang lain pun xpe...Amin jugak!!)
Rase cam tak sabo lak nk abiskan paper final utk sem ni...klu da abis, itu bermakne aku dah jd super duper senior la kan...tinggal lg 1 sem jer nk grade dah..InsyaAllah...
Aku akan igt setiap detik memori bersame kwn2 time degree ni...!!
memori yg sgt2 indah...hurm....cedih la plak rase ni..hukhuk
actually skarang ni sgt2 rindu nk balik jb...really miss family kt jb..especially, amir zafran (adik sepupu) n Qis (my niece)...si zafran ni siap masuk dalam mimpi ..huhu..tunggu kakak balik ye cyg, kakak rindu nk main2 ngn afan..muaaxxx
orite..sampai sini jer...nk taip lebih2 kang, tak study plak aku ni..huhu..

All about CHEMISTRY..!!
caucincau..~(",)~
Friday, March 26, 2010
2 w.e.e.k.s...
bz ngan proposal..hukhuk
last weekend (sabtu, 20 march 2010) aku attend reunion ex-DIS jengke...
mmg happenig ar...xrugi aku dtg..n seriously aku nk kate kt sini 'sape yg tak dtg tu mmg sgt2 RUGI'..hoh0...susah wooo nk dpt suasane camtu lg!!!
selain activity mkn2, ade games, karaoke dan yg penting sesi amik gambo..hehe~(",)~
puas la ahli2 jjj berjoyah mlm tu..ngeee~
sblum tu, sbelah siang aku ade netball game..tp cedih ar, kali ni team netball jjj 'penduduk luar' tak menang pun..hukhuk
sem lepas ktorg dpt no.2...hurm..xpe la...next sem which means 'last sem' utk ktorg, nk men bg menang jgk..ngeee~~
then, esk pg nyer (ahad 21 march 2010), atas influence dr apek 'my classmate', aku dgn rela hatinyer g family day CFC (chemistry fusion club)..huhu...sblum ni langsung xpenah pegi..haha...best tp penat weh....2 hari xlekat kt umah langsung...~~"
ths week lak aku pulun siap kan proposal + slide utk nk present nnti...
today 26 march 2010, its totally done...huh..baru la lega skit..baru la leh relex ckit....tinggal nk tunggu present jer 1 April nnti...TAKOT beb...!!hukhuk
next week, akan lebih mendebarkan utk aku...pas abis present aku nk jalan puas2..nk tgk movie..n yg penting nk balik JB...!!hopefully beliau da kuar la dr bengkel next week yer...
please....aku sgt memerlukan mu....hukhuk:'(
1 minggu yg dah lepas + 1 minggu yg bakal aku lalui..= 2 w.e.e.k.s
hopefully benda2 penting yg bakal aku lalui minggu depan berjalan ngn lancar..Amin..~(",)~
reunion x-DIS jengka...BESH gler...!!

NR-sports..netball game bersame2 jjj..ngeee~

Kami je la wakil ASB4KD yg g family day CFC..huhu
~caucincau~
Thursday, March 4, 2010
~JaLaN-JaLaN CaRi PaSaL~
hurm..aku nk cite ckit psl aktiviti jalan2 aku bersama classmates last week..
last week ktog g bermandi manda kt ulu yam + g tgk kelip2..
3 buah krete yg terlibat..hehe...krete aku, biha & ema...
yg join aktiviti berjalan2 kali ni aku,eney,ela,atul,biha,efa,rara,ema,miza,mas,apek,jim n munet...lovo n her bf<---tp yg ber2 ni pergi sendiri x bersame2 konvoi ngn ktorg di atas sbb2 tertentu..ngee~~
mase bru bertolak dr s.alam hujan mmg lebat gler..sume duk terpikir cam ne la nk mandi klu hujan..huhu..n surprisingly bila masuk kwsn KL je hujan pon brenti..yeay!!
destinasi utama 'ulu yam'...sampai je sane, biase la aktiviti bergambar yg diutamakan...then bile da puas bergambar.....yyeeeehhaaaa...ktorg terus ar terjun kt air..mmg sgt..sgt..n sgt..best!!
then dlm kul 6 lbh ktorg pon same2 gerak ke kuala selangor utk tgk kelip2...jauh gak la perjalanan..sampai ke destinasi seterusnyer pon da mlm, lebih kurang kul 10. kt sane ktorg naik sampan..hurm..sampan ker??ntah la ek, aku pon xtau nk kate ape...sampan la kot..hahaha..1 sampan leh naik 4 org jer..aku naik ngn aney,ella n rara....mmg byk gler kelip2 yg duk bertenggek kt pokok tepi sungai tu..dah mcm pokok krismas..klu tak silap pokok merembang kot name die..huhu...sgt2 cantik ciptaan TUHAN...siap bleh pegang kelip2 tu!!pengalaman yg tak kan dilupakan sampai bile2..~(",)~
*lepas da tgk kelip2 ktorg pon bertolak balik smule ke s.alam...
tu la kisah perjalanan ~JaLaN-JaLaN CaRi PaSaL~ aku bersama classmates last week...ktorg sgt happy n enjoy...next sem ktorg rancang nk g jln2 lg..n hopefully ramai la yg leh join..!!
.jpg)
caucincau~(",)~
Sunday, February 28, 2010
Advance birthday...
bz skit..n yg paling utama 'berukband' aku ni lembab bebenor..huh
tp ok la...drp xde sumber internet langsung kn..huhu
aku nk cite ckit pasal cuti mid term yg lepas..
hurm..agak penat la cuti yg lepas...coz tiap2 mlm g tlg family kt kedai..
balik ari2 dlm kul 3 pagi...
tlg la ape2 yg patut..jd cashier..jd waitress..jd tukang basuh pinggan...
walaupun penat, tp aku tak rase rugi pon..coz dpt jgk tlg family ckit2!!ngeee(",)
then, jumaat mlm lak aku g main futsal kt permas ngn mmber2 skolah permas...huda,inda,jita,naza n yg lain2...
aku,jita,inda,naza,ecah plan nk celebrate besday huda in advance n nk rumble die skali..besday die 23hb tp ktorg nk sambut awal ckit...
pas futsal ktorg lepak kt kedai..then after mkn, ktorg kuar kan kek..
next,jeng..jeng..jeng..mule la adegan baling telur+tepung+air busuk..huh
sume2 tu ecah yg sedia kan..
tp yg aku tak puas ati tol, ngn aku2 skali kene rumble...diorg bg alasan, pasni tak dpt da nk rumble utk besday aku...coz aku da kene balik s.alam..huhu
mmg busuk gler ar mlm tu...baju pun aku rendam sampai 2 hari...ayoyo..
tp xpela...yg penting mlm tu ktorg mmg happy sgt2...
thanks gak kt mus,syuko n rafi(bf inda) yg join skali mlm tu..~(",)~
aku cayang la kt korg sume...muuaahhh~~
keesokan hari nyer aku hang out ngn fara mmber tcsjb dulu...ktorg jln2 cari pasal kt CS..hahaha..then tgk movie 'the wolfman'..ok jgk la cite tu...not bad...
cuti midterm yg tak membosankan...*wink*...
xsabo nk balik jb lg..ngeee~~
caucincau...~(",)~
















