Cerita ni bersambung dari Mesiodens Journey Adam Part 1
Tibalah masanya aku bawa Adam ke Klinik Kesihatan Pergigian Kota Damansara pula. Kali ni bila giliran Adam untuk masuk jumpa dokor, aku terus bagi CD yang aku terima dari hospital. Doktor buka CD tu dan meneliti gambar xray gigi Adam. Alhamdualillah doktor kata tiada gigi yang lain dalam gusi Adam. Jadi doktor nak teruskan dengan perancangan sebelum ni, untuk cabit gigi mesiodens Adam yang bahagian depan tu.
Adam memberikan kerjasama yang baik dengan doktor. Macam biasa doktor mulakan dengan memberi ubat bius pada gusi Adam, seterusnya setelah beberapa minit doktor mulakan cabutan gigi Adam. Alhamdulillah proses cabutan gigi Adam tu berjalan lancar.
Bawah ni adalah gambar keadaan gigi Adam selepas doktor cabut gigi Mesiodens tersebut.
Doktor kata lepas ni pantau sahaja. Jika gigi yang senget itu bergerak pada kedudukan yang sepatutnya, maka tak perlu lah Adam pakai braces pada masa akan datang. Tetapi jika gigi tu senget dan sangat ketara, Adam perlu pakai braces untuk cantikkan semula kedudukan gigi tu.
Lepas dah cabut gigi tu, belanja lah Adam makan ice cream dekat we drink. Reward atas keberanian dia nak pergi cabut gigi. Alhamdulillah lega hati ibu, semuanya dipermudahkan Allah.
InsyaAllah lepas ni aku akan update tentang keadaan gigi Adam lagi.








