Genap umur ADAM 1 tahun pada 1 Dec 2017, officially bermulalah persediaan memberhentikan susu badan dari Adam secara perlahan-lahan. Aku sudah mula campur penyusuan Adam dengan memberikannya susu formula. Bukan dah tak mampu bagi full susu ibu tapi ada sebabnya. Aku perlu berjauhan dengan anak-anak selama lebih kurang sebulan lebih akan datang. Aku memang tak mampu nak buat stok EBM sebulan bekalan untuk Adam. Jauh di sudut hati rasa berat hati, tapi ia adalah untuk kebaikan Adam dan orang-orang disekeliling yang akan menjaganya nanti. Arissa dulu masa umur 1tahun 8bulan baru aku mula selang seli bagi susu formula sebab masa tu susu badan dah kurang. Masa umur 2tahun 4bulan baru lah betul2 nekad untuk berhentikan susu badan sepenuhnya sebab Adam dah ada dalam perut masa tu.
Bila ada dirumah dan tidur malam Adam masih direct breastfeed dan kadang2 aku bagi susu formula, di rumah babysitter juga aku masih lagi bekalkan EBM, tapi aku bekalkan juga susu formula. Semuanya perlu secara perlahan untuk biasakan Adam dengan susu formula. Tak nak la secara drastik, kesian pula kat Adam. Balik petang dari rumah babysitter Adam masih mengendeng dekat ibu nak minta susu ibu, memang tak sampai hati la kalau tak nak bagi kan ??
Aku masih berfikir sama ada hendak memberhentikan terus Adam susu Ibu atau sementara sahaja nanti selama lebih kurang 1 bulan dan memberinya susu ibu semula setelah pulang nanti. Sekarang aku masih pum susu di tempat kerja. Semuanya masih menjadi tanda tanya, aku belum membuat keputusan lagi. Nampaknya aku perlu bertanyakan pendapat orang lain. hurmm..
Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan aku, suami dan anak-anak.. Amin
ArissaAdam