Sunday, June 6, 2010

Malas beribadat, lengah solat antara tanda kecil golongan munafik...!!

GOLONGAN munafik memperlihatkan diri mereka seolah-olah mengaku bertuhankan Allah tetapi dari segi perbuatan, fikiran dan tindakan, bercanggah dengan perintah Allah.

Munafik akidah membezakan seorang Islam dengan orang kafir, munafik perangai memperlihatkan kebaikan di depan orang tetapi di belakang tidak sama, manakala munafik amalan, nampak warak di depan orang tetapi apabila tiada mata memandang, hilang warak.

Umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak tergolong dalam kumpulan munafik yang berpura-pura mengikuti ajaran Islam tetapi tidak menjiwai kebenaran itu di dalam hati.

Tanda kecil munafik ialah malas beribadat, lupa kepada Allah, melengahkan solat fardu, mempercepatkan solat, meninggalkan solat jemaah, menyuruh kemungkaran dan melarang yang makruf.

Paling ketara ialah sikap suka menunjuk-nunjuk, depan orang buat betul-betul tetapi orang tiada, buat ala kadar saja.

Ramai yang bersolat tetapi masih lalai dengan melengahkan ibadat wajib itu hingga di penghujung waktu atau mempercepatkan solat menyebabkan tidak menjaga rukun serta bacaan dalam sembahyang.

Nabi Muhammad berpesan jika hendak jumpa Allah di akhirat nanti perlu jaga solat.


p/s: harap aku dan kamu (kamu yg sedang membaca) tak tergolong dalam golongan ini...jika ya, mari kita sama2 mengubahnya!!

~SoRRy~

hari ni aku rasa sgt bersalah....bersalah terhadap seorang kawan..!!

kalau la aku berdaya, aku nk cakap ni pada kau:

kawan, really sorry.....!!!
aku bukannya tak mahu pergi....tp..tp...
huh....aku sedang berusaha untuk melupakan engkau yang 'Zero'
kalau aku pergi, ianya akan menjadi susah...susah bg diri aku utk melupakan...!!
harap kau faham...

p/s : masalahnya aku xberdaya....utk nk meringankn sikit serabut kt kepala aku ni, jd aku tulis je la kt blog ni (walaupun aku tahu 'kawan' tak akan baca sbb dia tak tahu pun kewujudan blog aku ni)...huhu...REALLY SORRY KAWAN..!!


Johor Bahru
3.32 a.m

Sunday, May 30, 2010

.:: Uniknya ciptaan TUHAN ::.

Seorang, Sendiri...
Kosong, Sepi...
Malam, Gelap...

Gelap..hitam..pekat...
Seperti bayang-bayang...

Bagi semua orang bayang-bayang akan ikut je segala yg kita lakukan..
xkira la apa pun..
Aku angkat tangan, bayang-bayang juga angkat tangan..
Aku angkat kaki, bayang-bayang juga angkat kaki..
Aku melambai, bayang-bayang juga melambai..
Aku menggeleng, bayang-bayang juga menggeleng..

Tapi,
Adakah bayang-bayang akan menangis kalau aku menangis??

hurmm.....

Bayang-bayang sentiasa mengekori..
Aku tak mampu lari dari bayang-bayang itu..
Kerana bayang-bayang itu adalah aku!!

Aku menghargai bayang-bayang yg begitu unik, ciptaan TUHAN..
Terima Kasih ,bayang-bayang,
Yang sentiasa menemani aku dikala..
Seorang, Sendiri...
Kosong, Sepi...







p/s : ?? ....(entri yg nampak kosong kan...kan...kan)



Johor Bahru,
30 May 2010
3.30 a.m

Monday, May 24, 2010

~Ingatan bagi pelupa: Bercakap benar~

DARIPADA Ibnu Umar, katanya: “Saya dengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW menjelaskan sifat orang munafik antaranya ialah apabila berkata, ia berbohong; apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat, diceritakan telah datang kepada Rasulullah SAW seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya iaitu berzina.

Mendengar pengakuan jujur lelaki itu Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: “Hanya dengan satu perkara: Laa Takzib! (Jangan berbohong!).

Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.

“Bagaimana jika saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: Tidak. Bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum, fikir lelaki itu sehingga berhenti daripada berzina.


p/s : ~ pedoman untuk aku dan kamu (kamu yg sedang membaca) ~

Sunday, May 23, 2010

.::SimPaN daLaM HaTi::.

hurm...ape la aku nk tulis ni sbenarnya??

aku pun tak tau la nk ckp mcm mana ni!!!
tp ada sesuatu yg selalu bikin kepala dan hati aku jadi serabut!!argghhh....

errmm..belum masanya kot aku boleh luahkn kat sini...

xpe la..aku simpan dalam hati je dulu...!!






Saturday, May 22, 2010

Berselindung disebalik.....!!

Rase ditipu..rase tertipu..hurm...rase pelik pun ada!!

Adoi....puas dah aku fikir...tp aku still tak tau nk cerita dari mana ni...!!
*fikir...fikir..fikir..fikir..*
ok, let's think slowly!!!!!!!!!!!!!!!

ok..ok..camni...
ermm....errr...erkkk...adoi!!tak nk jgk kuar idea nk tulis cm mana ni...ishk....kasi ketuk skit kepala ni!!(dush...dush...!!)

huh......................(mengeluh plak aku ni)


ok....cam ni....ptg semalam aku ada dpt msg dr seorg akak senior..dia ajak aku pergi "career talk"...dia ckp dia xde kwn utk ke sana...bila difikir2, aku pun cam xde apa2 program nk wat malam smalam kan...jd, aku pun buat keputusan utk pergi ke "career talk" yg dikatakan tu..(dengan harapan aku akan dapat input yg berguna).

setibanya di tempat tu, aku dan dia masuk la ke dalam sebuah bilik yg agak kecik yg penuh dgn kerusi2 putih...(luar dari jangkaan aku, sbb aku bayangkan satu dewan yg besar)..masa aku masuk tu, belum ramai lagi tetamu yg dtg...dalam setengah jam tunggu, tetamu pun dah ramai masuk dan masuk la seorg lelaki cina..dia perkenalkan namanya "andrew"dan dialah yg akan berckp pasal "career talk " mlm tu..

ok..overall, talk tu mmg best...byk jgk la input yg aku dapat...dan yang pasti aku sgt kagum sbb kaum cina yang dtg bg talk utk memajukan diri dan berani utk memulakan "business"..walaupun majority tetamu yg dtg dlm bilik tu adalah org2 "MELAYU"...

rumusan talk pada mlm tu:

kita lebih digalakkan utk ber"business" sendiri daripada kerja mkn gaji....mmg betul tu...andrew mmbentangkan beberapa expenses yang kita perlu bayar dalam era globalisasi cam skarang ni..dgn gaji fresh graduate "normally RM2500" mmg sgt2 tak cukup...huh...jd bg aku apa yg dia ckp mlm tu mmg semuanya betul..!!

lepas dah abis talk tu..ktorg turun bwh..aku igt kn nk terus balik..aku pun dah penat gler sbb saharian wat experiment dlm lab 9a.m-5p.m..punyer la excited nk balik siap dah kuar kn kunci kreta masa masih dlm lift lg...tetiba, akak tu ajak aku ke satu sudut kecil..adalah dalam 20 org kesemuanya, berkumpul kat situ termasuk aku..mereka semua tu adalah org2 yg pergi dgr talk sbelum tu..

pastu, ada seorg perempuan dan lelaki yg berdiri kt depan kitorg memperkenalkn diorg sebagai ahli tuttttt...(tak leh ckp kt sini kot, takut nnti ada ahli2 yg terbaca, tak pasal2 aku kena saman...haha)...diorg ni mcm ada tubuhkan satu group yg aku pun tak pasti apa sbenarnya...diorg beri ulasan pasal talk sebelum tu..bla..bla..bla...
last skali diorg sebut ni "kpd yg baru pertama kali dtg kesini, jgn lupa try treatment kami...treatment kami boleh bg byk manfaat dan sgt berkesan...ramai yg dah mencuba dan mereka semua sgt berpuas hati"..........

*uik??diorg ckp pasal apa ni?treatment apa ni??diorg ni dr group apa ni?? aku pergi mana mlm ni sbenarnyer??huh..

ok..benda pertama yg aku terfikir masa tu...diorg ni ada kan career talk, tp disebalik tu diorg nk cari market utk product diorg..huh...mmg rase sgt tertipu....!!
pastu, diorg ajak g mkn pulak..aku pun pergi la...lagi pun mmg aku tgh lapar mase tu...

semua ahli group tu sgt energetic...sbb semuanya byk ckp...semuanya byk tny...bg aku la, semuanya "kepoh"..tak kira la lelaki ke perempuan...aku pun rasa sgt pelik dgn diorg..
boleh dikatakn semua ahli diorg tu tny benda yg sama kat aku berulang2 kali...sejak dari sudut kecil hingga la ke tempat mkn..."mcm mana talk td??apa yang kamu dapat??best tak??student lagi ker??umur brape??duduk mana??pernah try treatment kami tak??"...argghhh..soooo annoying!!"...aku da la lapar tahap gaban mase tu...

ok..bila dah tiba ke tempat mkn..cam biase la order mknn dan tunggu mknn sampai...
sepanjang masa aku tunggu mkanan, ahli group diorg silih berganti duduk depan aku, tny lagi benda yg sama....pastu sibuk duk promate kate treatment diorg bagus..huh..bayangkan la, masa aku nk mkn pun diorg still silih berganti org duduk depan aku, tny dan bercakap benda yg sama..akak senior tu pun terlibat sama...pakse aku datang buat treatment..pakse aku pergi function diorg kat KL hari ahad...(nak suruh aku join group diorg la tu!!)..

huh...mase tu aku dah start bengang dah..aku pun wat muke 'senyum terpakse'..sampai ada sorg girl ni ckp...awk ngantuk ye...muka nampak mcm penat jer..(huh..tau pun..dah tu wat pe duk membebel panjang lebar depan aku ni!!)

lepas aku dah abis mkn pun ada lg yg duk depan aku tanya dan berckp..bla..bla..bla...(arghh..diorg ni tak tau penat ker...dah kul 12.30 weyh!!)..pastu aku pun tunjuk kan hint2 nk balik..."jom kak kita pergi bayar"...baru la akak tu nk gerak balik...

ok..ape yg boleh dirumuskan kat sini...malam semalam aku tertipu dgn agenda satu group yg nk memperkenal kn product baru diorg disebalik career talk!!arghhhh....diorg semua sgt sengal..!!

suka hati la diorg nk kata aku kolot ke, apa ke...yg penting aku mmg tak suka cara diorg tu....Berselindung Disebalik!!!

p/s: aku mmg rasa sgt tertipu dgn agenda "Berselindung Disebalik!!!" pada mlm tu..tp nasib baik talk mlm tu best dan aku dapat juga bawa balik sedikit input yg berguna..!!

Tuesday, April 27, 2010

M.U.S.M...

M.U.S.M..tau ke apa maksudnya...??
M.U.S.M = Miss U So0 Much...!!

slalu org guna ayat ni utk bg msg @ cakap kat boyfriend , girlfriend...utk saja2, utk pujuk, utk apa2 la..(aku pun xtau 'apa2' tu apa..hoh0)

"Tapi ayat ni sangat bagus utk org yg dah berkahwin kot"

ok2...ni yg aku nk taip SEBENARNYA..:

M.U.S.M = Miss U So0 Much...Afan..!!

huh..rindu gler kt adik sepupu aku yg sorg ni..!!
aku mmg rapat serapat-rapatnya ngan die sejak dia baru lahir lg..(tp, kadang2 jauh la jugak, sebab study jauh kan 'Luar JB')...

Bayangkan la..minggu ni je 2x aku mimpi kan si Afan ni (nama sebenar = Amir Zafran)..
Sebagai nk hilang kn rindu kat dia, sebelum tido aku tgk video Afan yg sedang berangan 'drive' kereta "aku penah record dulu"..setiap kali aku tgk, setiap kali tu jgk la aku gelak sorg2...hahaha

lepas abis final exam ni..aku akan pecut balik jb jumpe Afan..






Uitt bdk kecik...M.U.S.M...lor!!("wallpaper kt phone aku")



caucincau..~(",)~