Friday, July 30, 2010

~aku lukis lukisan ini~

hurm...
suka hati la orang nak cakap ape..

"lukisan ni hodoh" ke
"lukisan ni cantik" ke
"lukisan ni pelik" ke
"lukisan ni bagus" ke
"lukisan ni comot" ke
"lukisan ni comel" ke.......

yang penting.....

~ aku lukis lukisan ini ~

ade aku kesah?? ngeee (-_-)v








p/s: aku lukis guna pensil hijau sambil dengar mp3 pink...

Friday, July 16, 2010

Kenapa perempuan mudah menangis?

aku jumpa cerita ni dari blog org lain..
kita sama2 hayati cerita kat bawah ni...

~Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untuk mengalirkan air mata.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Tuesday, July 13, 2010

~memaknakannya~



hari selasa <---( dlm jadual aku sem ni "no class")..
huh..bosan!!
nak keluar tak tau nk pergi mane...
nak jalan2 tak tau nak jalan2 dengan siapa..
nak msg, tak tau nak msg dengan siapa...

so, apa yg aku boleh buat...??
seperti biasa la :
baca blog orang..
update blog sendiri..(bila aku ada "rasa" nk update)
buka facebook..
itu je..!!

ok, skarang ni aku ada "rasa" nk update blog...
just nk kongsi..
aku ada buka blog sorang bdk ni..
link dari blog kawan aku dieja...
ada jumpa satu video "short film" kt blog bdk ni..
sangat BEST!!

short film ni penuh dengan makna yg tersirat...
aku memaknakan short film ni dgn cara aku sendiri..
so, korang tengok dan maknakan la sendiri, mengikut cara korang pulak okey!!
~enjoy~




p/s: tak pasal2 aku jadi penggemar short film pulak.. nnti bila aku ada jumpa short film lain yg best aku akan post kt blog ni lagi..!!~(",)~

Thursday, July 8, 2010

~1st time~....amik kau sebijik!!!



1st time,
aku pergi tgk bola beramai2 dengan kwn2 kt kedai mamak...
kedai mamak yang penuh dengan manusia yang fanatik dgn bola...
kedai mamak yang majoriti nya datang semata2 utk tgk bola...
kedai mamak yang dah tak cukup meja dan kerusi..
kedai mamak yang aku lepak dari jam 1.15 a.m hingga 4.30a.m...
pagi2 buta plak tu...hahaha

mesti nk kata aku ketinggalan kn...!!whatever la...tp, itu kebenarannya.. =p
World cup game-semi final (Spain vs Germany)
dan yg paling penting team yg aku sokong tu menang..
~Go SpAiN~
It was really nice experience!!

tak tahu la nk gambarkn suasana yg sgt BEST tu...
duduk sebelah menyebelah dgn org2 yg sokong team lain...
ade je yang nk di komen...
boooo sana, booo sini...
hahaha...aku nk tergelak je tgk diorg semua...
dan yg paling BEST,
disaat bola menerjah masuk ke dalam gol...
GOAL!!!!!!!!
satu kedai bergegar...
kalau la kedai mamak tu ada alarm..gerenti dah berbunyi alarm tu...hahaha

yeah...aku dah create satu lagi memori yg indah sebelum aku menghabiskn sisa2 hidup sebagai seorang pelajar..!!
aku tak akan lupakan memori ni sampai bila2...PASTI!!~

tak sabar nk tunggu final game...
boleh tgk beramai2 lagi...yeay...!!
harap2 SpAiN akan menang...
tp kalau tak menang , I will not really upset..
sbb Netherlands pun salah satu fav.team aku jgk..!!
go David Villa..go Sneijder..(-_-)v



*sebelum ni aku slalu kata cam ni "wat ape nk tgk bola ramai2 kt kedai...dah la ramai...sesak...tak selesa..baik tgk kt rumah je"......ahaaa....amik kau sebijik, skarang ckp lain pulak kan....hahahaha"










p/s: klu kat jb ni, gerenti mama tak bagi keluar pagi2 buta...sorry mama, untuk tgk world cup je..lepas ni tak buat dah...ngeee (-_-)v



Monday, July 5, 2010

~breakfast telinga~

5th July 2010...hari ni dah start sem baru utk semester akhir...
kalau ikut kn jadual, isnin <-- 8.30-9.30a.m ada class... tp seperti yg dijangka "1st day class, no lecturer"
aku round2 uitm kejap, pastu aku pun balik la rumah...

hurm...tak sangka skarang aku dah jd super duper SENIOR...mcm sekejap je!!
harap2, sem ni dpt la create memori yg indah bersama kwn2 dan classmates yg tersayang...
lepas ni tak dpt dah nk merasa semua yg aku ada sekarang ni...
aku akan merindui kesemuanya...!!

ok, skarang ni sudah jam 10.45a.m...
td nk pergi class tak sempat nk breakfast..
so, skarang ni aku tgh breakfast roti yg aku beli kt 7eleven sebelum naik ke rumah td...
sambil breakfast utk perut, aku breakfast utk telinga juga...

Pernah tak breakfast telinga??hahaha
Meh, nk kongsi breakfast telinga...
lagu ni mmg BEST...my new fav. song..jom layan~

Muse- Neutron Star Collision OST The Twilight Saga- Eclipse







p/s : The twilight saga - Eclipse....tak sabar nk tgk cerita ni..hopefully aku dpt tgk cerita ni dgn org yg mmg sama2 follow cerita ni dari 1st&2nd series (twilight & new moon)...baru la syookkk!!...kalau tak nnti jd mcm dulu, aku pergi tgk harry potter bersama beberapa org kawan yg mmg tak follow cerita harry potter..mula la segelintir tu nk kutuk2 kata tak best la, tak paham la...(mmg la tak best, mmg la tak paham, sbb kamu mmg tak follow harry potter dari 1st series...ayoyo...kalau kamu mmg follow dari 1st series mesti kamu tak ckp mcm tu)..(",)

Sunday, June 6, 2010

Malas beribadat, lengah solat antara tanda kecil golongan munafik...!!

GOLONGAN munafik memperlihatkan diri mereka seolah-olah mengaku bertuhankan Allah tetapi dari segi perbuatan, fikiran dan tindakan, bercanggah dengan perintah Allah.

Munafik akidah membezakan seorang Islam dengan orang kafir, munafik perangai memperlihatkan kebaikan di depan orang tetapi di belakang tidak sama, manakala munafik amalan, nampak warak di depan orang tetapi apabila tiada mata memandang, hilang warak.

Umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak tergolong dalam kumpulan munafik yang berpura-pura mengikuti ajaran Islam tetapi tidak menjiwai kebenaran itu di dalam hati.

Tanda kecil munafik ialah malas beribadat, lupa kepada Allah, melengahkan solat fardu, mempercepatkan solat, meninggalkan solat jemaah, menyuruh kemungkaran dan melarang yang makruf.

Paling ketara ialah sikap suka menunjuk-nunjuk, depan orang buat betul-betul tetapi orang tiada, buat ala kadar saja.

Ramai yang bersolat tetapi masih lalai dengan melengahkan ibadat wajib itu hingga di penghujung waktu atau mempercepatkan solat menyebabkan tidak menjaga rukun serta bacaan dalam sembahyang.

Nabi Muhammad berpesan jika hendak jumpa Allah di akhirat nanti perlu jaga solat.


p/s: harap aku dan kamu (kamu yg sedang membaca) tak tergolong dalam golongan ini...jika ya, mari kita sama2 mengubahnya!!

~SoRRy~

hari ni aku rasa sgt bersalah....bersalah terhadap seorang kawan..!!

kalau la aku berdaya, aku nk cakap ni pada kau:

kawan, really sorry.....!!!
aku bukannya tak mahu pergi....tp..tp...
huh....aku sedang berusaha untuk melupakan engkau yang 'Zero'
kalau aku pergi, ianya akan menjadi susah...susah bg diri aku utk melupakan...!!
harap kau faham...

p/s : masalahnya aku xberdaya....utk nk meringankn sikit serabut kt kepala aku ni, jd aku tulis je la kt blog ni (walaupun aku tahu 'kawan' tak akan baca sbb dia tak tahu pun kewujudan blog aku ni)...huhu...REALLY SORRY KAWAN..!!


Johor Bahru
3.32 a.m