DARIPADA Jabir, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah belaka.” (Hadis riwayat Muslim)
Orang beriman sangat yakin akan rahmat dan pertolongan Allah. Oleh itu, mereka tidak pernah berputus harap dari rahmat-Nya kerana kasih sayang Allah tidak bertepi.
Antara syarat untuk memperoleh rahmat Allah seperti dinyatakan hadis Rasulullah yang diriwayatkan al-Dailami dari Ibnu 'Abbas yang bermaksud: “Allah merahmati orang yang dapat menjaga tutur katanya, mengenal masa (ketika dia hidup) itu dan istiqamah dalam hidupnya.”
~(",)~
Tazkirah di Facebook
2 months ago


No comments:
Post a Comment