Wednesday, December 29, 2010

Coretan Doa..

Jom Kongsi Bersama Coretan Doa..(",)


Ya Allah,
Aku memohon agar Engkau memilih buat hambamu,
Memilihkan mana yg baik menurut Engkau Ya Allah,
Dan hambamu memohon memberikan kepastian dgn ketentuanMu,
Dan hambamu memohon dgn kemurahan Tuhan yg Maha Besar Agong.
Kerana sesungguhnya Tuhan yg berkuasa,
Sedang hambamu tidak tahu
Dan Tuhanlah yg amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.


Ya Allah,
Jika Tuhan mengetahui bahawa persoalan ini baik bg hambamu,
Maka berikanlah perkara ini kepada hambamu,
Kemudian berikanlah keberkatan bagi hambamu didalamnya.


Ya Allah,
Jika Tuhan mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bg hambamu,
Bagi agama hambamu,
Dan penghidupan hambamu,
Dan tidak baik akibatnya bagi hambamu,
Jauhkanlah hambamu daripadanya.
Dan berilah kebaikan di mana saja hambamu berada,
Jadikanlah hambamu orang yang redha atas anugerahMu.


Amin...

No comments:

Post a Comment