Saturday, February 26, 2011

My Weekend

Skarang ni aku dah start keje partime for weekend..
as a hotel service assistant kat Bluewave Hotel..
dari pagi sampai la ke mlm...
keje die lebih kurang cam crew catering la...
serve tetamu utk bekfes, lunch, coffee break, dinner..
angkat pinggan org yg dah abes mkn,
lap pinggan,
susun meja & kerusi,
yg paling penting kene senyum sentiasa dgn guest kt hotel tu..ngee =)
"penat kot pipi ni"..haha
senang cite bahagian 'makan memakan' aku n crew2 lain la yg kene set up...
hari sabtu & ahad aku xde lg rehat2 n teringat2..huhuhu
mmg best sesgt keje kt situ...
xde stress2 pun..aku happy2 je keje kt situ..(",)
tp penat sikit la...
sbb kene jalan sane sini setiap mase kn..
xpe2...yg penting aku 'busy'..

Next mission,
nk cari partime job utk weekdays after office hour..
aku ade jgk usha2 pusat tuition,
stakat ni xjumpe lg tempat yg perlukan guru tuition..
sumenye da penuh...
hurm...
nnti aku nk try cari lg..
klu ade rezeki, jumpe la nnti kan...ngee ~

anyway, dgn keje partime ni bertambah la jgk income aku kn...hee





p/s: "busykan diri" ...I do it as your wish....




Wednesday, February 23, 2011

semoga kakak tabah

aritu aku balik jb.
dpt berita dari mama yg kakak keguguran.
aku cube call kakak nk tny kabar, tp die langsung xmo angkat.
so, dpt tau kabar kakak dari mulut mama je la.
haishhh...risaunye aku mase tu.
mesti die sedih sgt2 sbb yg ni adalah 1st baby.
lagi pulak, aritu doktor suspect yg kandungan kakak tu twin.
hati sape yg tak sedih kan.
aku pun sedih sgt2.
sbb aku pun excited bile dgr pasal twin aritu.
tp nk wat cam mane kn.
tu la namenye xde rezeki lg.
aku harap kakak lebih tabah lepas ni.
semoga akan dtg Allah kurniakn rezeki lagi pada kakak ku.
Amin...


Tuesday, February 22, 2011

aku takot...




aku takot...
takot kalau2 aku terbenci orang...

Ya Allah....
jauhkan aku dari rase itu...!! ='(


Tuesday, February 8, 2011

Now

Now!!

New Town..
New House..
New Job..
New Focus..
New Mission..
New vision..
New Responsibilities..
New Target..



p/s: in progress.......to find....... new me.. ~

Wednesday, January 26, 2011

Bersujud dan keistimewaannya

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


sumber : Koleksi Nasihat Terpilih

Tuesday, January 25, 2011

Kenapa Kita Diuji

Kadang-kadang ... bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih... dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "

-Surah Yusof ayat 87

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah.......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan..... kerana ia adalah penawar..... penawar untuk kita ~


sumber : Koleksi Nasihat Pilihan

Wednesday, December 29, 2010

Coretan Doa..

Jom Kongsi Bersama Coretan Doa..(",)


Ya Allah,
Aku memohon agar Engkau memilih buat hambamu,
Memilihkan mana yg baik menurut Engkau Ya Allah,
Dan hambamu memohon memberikan kepastian dgn ketentuanMu,
Dan hambamu memohon dgn kemurahan Tuhan yg Maha Besar Agong.
Kerana sesungguhnya Tuhan yg berkuasa,
Sedang hambamu tidak tahu
Dan Tuhanlah yg amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.


Ya Allah,
Jika Tuhan mengetahui bahawa persoalan ini baik bg hambamu,
Maka berikanlah perkara ini kepada hambamu,
Kemudian berikanlah keberkatan bagi hambamu didalamnya.


Ya Allah,
Jika Tuhan mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bg hambamu,
Bagi agama hambamu,
Dan penghidupan hambamu,
Dan tidak baik akibatnya bagi hambamu,
Jauhkanlah hambamu daripadanya.
Dan berilah kebaikan di mana saja hambamu berada,
Jadikanlah hambamu orang yang redha atas anugerahMu.


Amin...